Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 29, 2017

Majlis Perasmian Penutupan

Imej
Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah yang berlangsung pada 28 Ogos 2017 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Awang Damit Bin Haji Awang Anak, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Razali Mohd. Zinin, Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah dan En. Abdul Hakim Bin Ag. Ali, Penyelaras Sukan Bola Baling MSS Sabah, Unit Sukan, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Ringkasan Keputusan Kejohanan Kategori Terbuka Lelaki JOHAN PROJEK TEAM HANDBALL SABAH NAIB JOHAN FAM UNION  KETIGA MJ GALAXY KEEMPAT PBB KK A Kategori Terbuka Perempuan JOHAN PROJEK TEAM HANDBALL SABAH NAIB JOHAN PBB SANDAKAN KETIGA KALAWON TEAM KEEMPAT NABALU WOMEN HANDBALL CLUB

Perlawanan Akhir Kategori Terbuka Lelaki

Imej
Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 Edisi Pertama menemukan pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH dengan FAM UNION (Sarawak) . Pasukan Projek Team Handball Sabah menamatkan persaingan liga kumpulan selaku naib juara Kumpulan A. Pada peringkat suku akhir, Projek Team Handball Sabah telah menewaskan PBB KK A dengan keputusan 10-5. Manakala pada peringkat separuh akhir pula, Projek Team Handball Sabah menewaskan MJ GALAXY dengan keputusan 14-4. FAM UNION menjuarai Kumpulan B dan bertemu KENINGAU HANDBALL diperingkat suku akhir. Pasukan ini menewaskan KENINGAU HANDBALL dengan keputusan 7-3. FAM UNION berjaya memasuki perlawanan akhir setelah menewaskan PBB KK A dengan keputusan 14-3 pada peringkat separuh akhir. Namun, Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 Edisi Pertama menyaksikan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH bergelar Juara apabila menewaskan FAM UNION dengan keutusan 11-6.

Perlawanan Akhir Kategori Terbuka Perempuan

Imej
Pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH bertemu PBB SANDAKAN bagi menentukan juara Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 Edisi Pertama. Pada peringkat liga kumpulan, kedua-dua pasukan ini berada dalam kumpulan yang sama, iaitu Kumpulan F . Projek Team Handball Sabah telah menewaskan PBB Sandakan dengan 3 gol berbalas 2 gol dalam saingan liga kumpulan. Kedua-dua pasukan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan Projek Team Handball Sabah sebagai Juara Kumpulan F, manakala PBB Sandakan selaku Naib Juara Kumpulan F. Perlawanan akhir ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam kejohanan ini. Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 menyaksikan pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH merangkul kejuaraan edisi pertama setelah menewaskan PBB SANDAKAN dengan 5 gol berbalas 4 gol.