Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 28, 2017

Perlawanan Tempat Ke-3 dan 4 (Terbuka Lelaki)

Imej
MJ GALAXY , pasukan daripada Sarawak berjaya menewaskan pasukan PBB KK B untuk menduduki tempat ketiga dalam edisi yang pertama ini. PBB KK A berjaya membolosi pertahanan MJ GALAXY sebanyak 5 kali, namun tidak dapat menghalang kemaraan MJ GALAXY yang telah menyumbat 10 gol ke gawang mereka.

Perlawanan Tempat Ke-3 dan 4 (Terbuka Perempuan )

Imej
Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menemukan pasukan KALAWON TEAM dengan pasukan NABALU WOMEN HANDBALL CLUB . Perlawanan ini dimenangi oleh KALAWON TEAM yang mengalahkan lawan mereka dengan 5 gol berbalas 3.

Separuh Akhir 4 (Lelaki Terbuka)

Imej
Pasukan PBB KK B telah bertemu dengan pasukan FAM UNION (Sarawak) dalam perlawanan separuh akhir. Pada peringkat suku akhir, PBB KK B telah menewaskan PBB SANDAKAN SENIOR dengan 9 gol berbalas 8. FAM UNION pula telah mengenepikan saingan KENINGAU HANDBALL diperingkat suku akhir dengan 7 gol berbalas 3. Perlawanan separuh akhir ini telah dimenangi oleh FAM UNION dengan 14 gol berbalas 3.

Separuh Akhir 3 (Lelaki Terbuka)

Imej
Perlawanan Separuh Akhir 3 (Lelaki Terbuka) merupakan perlawanan diantara PROJEK TEAM HANDBALL SABAH dengan MJ GALAXY (Sarawak). PROJEK TEAM HANDBALL SABAH telah mengalahkan PBB KK A (10-5) diperingkat suku akhir. Manakala MJ GALAXY pula telah menewaskan BALON MANU (10-5) pada perlawanan suku akhir. Pertemuan ini telah menyaksikan pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH mara ke Perlawanan Akhir dengan 14 gol berbalas 4.

Separuh Akhir 2 (Perempuan Terbuka)

Imej
Perlawanan Separuh Akhir 2 (Perempuan Terbuka) merupakan perlawanan diantara PROJEK TEAM HANDBALL SABAH (Johan Kumpulan F) dengan NABALU WOMEN HANDBALL CLUB (Naib Johan Kumpulan E). Perlawanan ini dimenangi oleh PROJEK TEAM HANBALL SABAH dengan keputusan 10-0.