Perlawanan Akhir Kategori Terbuka Perempuan
Pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH bertemu PBB SANDAKAN bagi menentukan juara Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 Edisi Pertama.
Pada peringkat liga kumpulan, kedua-dua pasukan ini berada dalam kumpulan yang sama, iaitu Kumpulan F. Projek Team Handball Sabah telah menewaskan PBB Sandakan dengan 3 gol berbalas 2 gol dalam saingan liga kumpulan. Kedua-dua pasukan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan Projek Team Handball Sabah sebagai Juara Kumpulan F, manakala PBB Sandakan selaku Naib Juara Kumpulan F.
Perlawanan akhir ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam kejohanan ini. Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 menyaksikan pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH merangkul kejuaraan edisi pertama setelah menewaskan PBB SANDAKAN dengan 5 gol berbalas 4 gol.
Ulasan
Catat Ulasan