Separuh Akhir 1 (Perempuan Terbuka) menyaksikan pertemuan antara KALAWON TEAM (Johan Kumpulan E) dengan PBB SANDAKAN (Naib Johan Kumpulan F). Perlawanan dimenangi oleh PBB Sandakan dengan 7-1.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 Anjuran Persatuan Bola Baling Negeri Sabah (SABHA) dengan Kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBS). Penyertaan terbuka kepada Negara, Negeri, Persatuan dan Kelab.
Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah yang berlangsung pada 28 Ogos 2017 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Awang Damit Bin Haji Awang Anak, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Razali Mohd. Zinin, Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah dan En. Abdul Hakim Bin Ag. Ali, Penyelaras Sukan Bola Baling MSS Sabah, Unit Sukan, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Ringkasan Keputusan Kejohanan Kategori Terbuka Lelaki JOHAN PROJEK TEAM HANDBALL SABAH NAIB JOHAN FAM UNION KETIGA MJ GALAXY KEEMPAT PBB KK A Kategori Terbuka Perempuan JOHAN PROJEK TEAM HANDBALL SABAH NAIB JOHAN PBB SANDAKAN KETIGA KALAWON TEAM KEEMPAT NABALU WOMEN HANDBALL CLUB
Pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH bertemu PBB SANDAKAN bagi menentukan juara Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 Edisi Pertama. Pada peringkat liga kumpulan, kedua-dua pasukan ini berada dalam kumpulan yang sama, iaitu Kumpulan F . Projek Team Handball Sabah telah menewaskan PBB Sandakan dengan 3 gol berbalas 2 gol dalam saingan liga kumpulan. Kedua-dua pasukan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan Projek Team Handball Sabah sebagai Juara Kumpulan F, manakala PBB Sandakan selaku Naib Juara Kumpulan F. Perlawanan akhir ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam kejohanan ini. Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2017 menyaksikan pasukan PROJEK TEAM HANDBALL SABAH merangkul kejuaraan edisi pertama setelah menewaskan PBB SANDAKAN dengan 5 gol berbalas 4 gol.
Ulasan
Catat Ulasan